Untukmu Wanita...
Siapa tahu,
Gadis itu yang sentiasa tersenyum riang di khalayak ramai.
Suka dan gembira dihadapan rakannya.
Kuat ditepian sahabatnya.
Namun,
Kadangkala dia menangis ketika bersendirian. Kelihatan sentiasa bersemangat.
Namun,
Hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan sangat kuat.
Namun,
Hakikatnya dia lemah dan hanya memberikan senyuman palsu untuk menceriakan dirinya.
Siapa tahu,
Gadis itu yang sentiasa mempunyai masalahnya sendiri.
Namun,
Dalam masa yang sama dia masih boleh menyelesaikan masalah orang lain.
Sedangkan gadis itu masih punyai masalah yang jauh lebih besar yang belum diselesaikan.
Ya,
Gadis itu.
Gadis itu juga sentiasa menyakinkan orang lain.
Namun,
Hakikatnya dia yang sedang mencari keyakinan dan kekuatan dalam diri sendiri.
Gadis itu,
Sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain, walau hatinya sering sakit.
Sentiasa menjaga hati manusia lain, walau hakikatnya dia sering memendam rasa.
Ya,
Gadis itu masih lagi mampu mengukir senyuman. Sering gadis itu mengadu masalahnya pada Sang Pencipta.
Namun,
Tekanan sekeliling membuatkan gadis itu menangis tanpa sedar.
Gadis itu,
Memerlukan insan untuk mengadu. Tetapi aduan itu disalah ertikan.
Lalu,
Gadis itu, terus menyimpan perasaan itu sehingga terpendam di dalam dasar hatinya sendiri.
Pendam hingga padam.
Itu adalah yang terbaik bagi gadis itu.
Terang itu,
Tidak bererti selamanya terang. Terkadang sepi dan gelap juga akan tetap menghantui kita.
Sepi itu datang bukannya sendiri.
Hakikatnya,
Sepi itu datang dengan berjuta pengharapan dari Allah.
Allah minta kita sujud mengenangkanNya.
Allah minta kita sentiasa ingat padaNya, melebihi ingatan kita pada makhlukNya yang lain.
Siapa sahaja yang mahu mendengar masalah gadis itu???
TIADA SIAPA........
Hanya Allah yang setia mendengar rintihan gadis itu.
Kerana sesungguhnya DIA adalah sebaik-baik Pendengar.
Allah~~~
Tempat gadis itu berlindung dan bergantung harap.
Bukan lagi manusia.
Adakah sampai saat ini,
ceritera kalian masih sama dengan gadis itu???
Teruskan.
Bertabahlah.
Pasti ada manisnya di kemudian waktu.
Inshallah.....
AKU AKAN TETAP MENYINTAIMU YA RABB~~~
Alhamdulillah.....