Tuesday, August 11, 2015

ALLAH hadiahkan ini



Dengan namaMu YA ALLAH


Alhamdulillah dengan segala nikmat Mu

Subhanallah
hari ini rasa sedih pula, kenapa ye????
Rasa kerinduan yang amat amat sangat 😔

tadi online insta seorang hamba ALLAH ini
ALLAH ALLAH YA ALLAH
hamba ALLAH ni share pengalaman di Tanahharam
ALLAH~~~
sedih
sebak
sayup
rindu





aku rindu makkah
aku rindu madinah
aku rindu kaabah
aku rindu raudah



tiba
tiba~~~

Allah hadiahkan ini.....


Motivasi dari airmata

Airmata hanya berguna di dunia. Di akhirat, ia sudah tidak bermakna. Di neraka , menangis airmata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kita ke dunia utk beramal semula.  Maka, di dunia kita perlu banyak menangis utk melembutkan jiwa. Kita mampu menangis kerana hal dunia, mengapa kita tidak mampu menangis atas perkara berkaitan akhirat.

Hadith sohih HR Ibn Majah: 
"Menangislah. Sekiranya tidak mampu, buat-buatlah menangis."

Tanya pada diri kita?
Pernahkah kita menangis ikhlas kerana-Nya.
Menangislah kerana takutkan Allah SWT.
Menangislah kerana mengingati mati.
Menangislah kerana membaca Al-Quran
Menangislah kerana rasa berdosa
Menangislah kerana amal yang sedikit
Menangislah kerana takutkan neraka Allah yg amat pedih
Menangislah kerana mahukan syurga Allah

Menangislah.... kerana dengan menangis rasa kehambaan akan menggunung.
Kita masih punya masa utk menangis.
Sebelum mata tidak mengeluarkan airnya...

Tarbiah untukku sendiri
🌸Rahmat Ilahi🌸


ALLAH Maha Mendengar sekecil kecil bisikan di hati kita
syukran jazilan. kak ziela dan sahabat sahabat selawat BM
atas perkongsian "kasih sayang" ini


No comments:

Post a Comment