Tuesday, August 11, 2015

ALLAH hadiahkan ini



Dengan namaMu YA ALLAH


Alhamdulillah dengan segala nikmat Mu

Subhanallah
hari ini rasa sedih pula, kenapa ye????
Rasa kerinduan yang amat amat sangat 😔

tadi online insta seorang hamba ALLAH ini
ALLAH ALLAH YA ALLAH
hamba ALLAH ni share pengalaman di Tanahharam
ALLAH~~~
sedih
sebak
sayup
rindu





aku rindu makkah
aku rindu madinah
aku rindu kaabah
aku rindu raudah



tiba
tiba~~~

Allah hadiahkan ini.....


Motivasi dari airmata

Airmata hanya berguna di dunia. Di akhirat, ia sudah tidak bermakna. Di neraka , menangis airmata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kita ke dunia utk beramal semula.  Maka, di dunia kita perlu banyak menangis utk melembutkan jiwa. Kita mampu menangis kerana hal dunia, mengapa kita tidak mampu menangis atas perkara berkaitan akhirat.

Hadith sohih HR Ibn Majah: 
"Menangislah. Sekiranya tidak mampu, buat-buatlah menangis."

Tanya pada diri kita?
Pernahkah kita menangis ikhlas kerana-Nya.
Menangislah kerana takutkan Allah SWT.
Menangislah kerana mengingati mati.
Menangislah kerana membaca Al-Quran
Menangislah kerana rasa berdosa
Menangislah kerana amal yang sedikit
Menangislah kerana takutkan neraka Allah yg amat pedih
Menangislah kerana mahukan syurga Allah

Menangislah.... kerana dengan menangis rasa kehambaan akan menggunung.
Kita masih punya masa utk menangis.
Sebelum mata tidak mengeluarkan airnya...

Tarbiah untukku sendiri
🌸Rahmat Ilahi🌸


ALLAH Maha Mendengar sekecil kecil bisikan di hati kita
syukran jazilan. kak ziela dan sahabat sahabat selawat BM
atas perkongsian "kasih sayang" ini


Monday, August 10, 2015

Nukilan : Azan


"KAMU TEMAN INSPIRASIKU"

"Semenjak aku mengenali diri mu aku terasa diri ini tidak lagi ke sorangan seperti dulu... Kamu merupakan satu titik baru dalam kehidupan aku...Aku amat menghargai persahabatan yang terbina sekian lamanya.....Terima kasih aku ucapkan kepada kamu yang sudi menjadi sahabat kepada aku insan yang serba kekurangan ini...Kamu juga akan aku jadikan sumber inspirasi untuk aku berjaya kelak....Aku berharap agar persahabatan yang telah terjalin ini akan berkekalan hingga ketentuan ILLAHI menentukan nya...Aku juga berharap kamu turut merasakan apa yang aku rasa kan nya....


Kerana tanpa sahabat disisi aku merupakan insan yang lemah tidak tahu membuat keputusan dengan tepat.....Sehingga terlintas di fikiran aku untuk melakukan sesuatu yang bodoh bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang aku hadapi......."


"bersambung..........."





Syukran azannnnnn.....
dah lama akak simpan hasil nukilan ko nie,hihihihi...
terperap dalam "kotak" draft :)
yang nie Part 1 kan????
sambungan nya.............. coming soooonnn :)

ko yang bagi akak semangat kat akak nak buat blog nie....
nukilan ko nie, akak dok simpan dalam email akak
Azan....
ko hebat
sangat hebat
semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan ko
syukran sudi menjadi sahabat dan adek akak




Friday, March 20, 2015

Pakcik ke abang ke



Dengan Nama MU, Ya RAHMAN Ya Rahim.....
  

Selesaikan dulu haq Allah, Inshaallah Allah akan mudahkan urusan kita.
Subhnallah :( :(


Harapan untuk hari ini adalah lebih baik dari semalam, rasanya semua orang nak cam gitu kan...




Pak cikkkkkkk ke abbbaaannggg ek??????

Satgi panggil pakcik kang, nampak cam muda. Nak panggil abang, nampak cam pakcik2 pulak, hahahahaha. Alllaaaa, senang panggil pakcik jer ler. Tinggi hormat mood :)


Pakcikkkkkkkkkkkkk!!!!!
Saya memang tak kenal pakcik, baru jer pagi tadi jumpa pakcik... Tapiiiiiiiii, saya dah jatuh hati dengan pakcik taw, haaaiippp... Jatuh hati dengan akhlak pakcik lerr...hihihi....
Besar rahmat Allah pada pakcik tau... Bantu orang bawak ke tempat kerja.
Pakcik baikkk, tolong orang dan bila kami ucap "Terima Kasih" pakcik sambut "sama-sama".
Pakcik lain, tak cam yang lain...

Pakcik, saya doakan Allah kurniakan rezeki yang berkat untuk keluarga,isteri dan anak2 pakcik. Semoga anak2 pakcik akan membahagiakan pakcik didunia dan akhirat.
Amiin.....